Sunday, August 28, 2016

Kembara Bumi Angkor – Siem Reap, Kemboja (Episod 3) – Angkor Archeological Park & Night Market

Bismillahirahmanirrahim
Asslamaulaikum w.b.r

Isnin, 16/5/2016 – Day 2

Angkor Archeological Park

Kalau tanya mana-mana traveller, reason utama diorang nak ke Siem Reap tak lain tak bukan mestilah nak ke Angkor Wat. So, plan asal nak tengok sunrise – kena bertolak pukul 4.30 pagi dari guesthouse. Tapi sebab penat sangat sehari sebelum tu & takut tak terbangun, bagitau driver tuk-tuk aku ubah plan tak jadi tengok sunrise. Nasir datang dalam pukul 6.00 pagi jemput aku.

Sebelum ke Angkor Wat, aku beli pass kat kaunter tiket kat Angkor Conservation Area kat Jalan Charles de Gaulle. Tempat beli pass ni kat tengah-tengah antara Bandar Siem Reap & Angkor Wat. Antara pass yang ada; USD 20 (RM79.00 - 1 hari), USD 40 (RM158.00 - 3 hari), & USD 60 (RM237.00 - 7 hari). Aku beli pass yang sehari je, cukup dah untuk cover 3 temple utama. Masa beli pass tu, korang kena bergambar dan gambar korang akan diprint pada pass tu. Pass ni kena simpan, kalau hilang korang tak boleh masuk ke kawasan Park ni.

Pass masuk sehari yang aku beli

Oh ya, Angkor Archeological Park ni adalah tempat untuk tinjau binaan temple kerajaan Khmer yang dibina pada abad ke-9  hingga ke-15. Tiga temple paling popular yang ada di sini ialah Angkor Wat, Ta Prohm & Bayon.

i) Angkor Wat

Dari Bandar Siem Reap ke Angkor Wat (+ singgah beli pass) ambil masa hampir 1 jam perjalanan. Nasir hantar aku sampai pintu luar Angkor Wat saja. Aku excited gila bila terpacak depan Angkor Wat tu, what an exceptional architecture! Dari jauh dah boleh nampak ramai gila orang kat sini. Sebagai seorang Muslim, aku tak boleh nak appreciate nilai keagamaan temple ni, tapi apa yang aku boleh appreciate ialah nilai seni bina Angkor Wat yang outstanding. Sudah berkurun binaanya, tapi masih kukuh berdiri.

View Angkor Wat dari pintu masuk

Angkor Wat ni boleh dikira agak besar juga untuk tawaf satu pusingan. Sepanjang pusing-pusing sambil berselfie kat sini, ada juga terjumpa beberapa orang Malaysia.  Aku habiskan masa kat sini hampir dua jam untuk ambil gambar dan tengok gelagat orang. Jom layan gambar-gambar yang aku ambil kat sini.

My favorite picture! Aku panggil sayap temple.

Monyet pun nak lepak sini jugak!

Antara ukiran yang ada kat dinding temple



Tourist panjat tangga ni untuk tengok view keseluruhan temple ni dari atas

Ada juga pengunjung yang minta hajat

Perayaan kanak-kanak menjadi sami Buddha

Angkor Wat

Kalau korang nak paham secara detail tentang binaan Angkor Wat ni boleh la ambil tour guide, kalau tak nak ambil tour guide, boleh juga beli buku panduan Angkor Wat. Bersepah local jual buku-buku tentang Kemboja kat pintu masuk Angkor Wat tu. Mula-mula diorang akan offer harga tinggi, kalau korang tak nak beli, diorang akan offer sampai serendah USD1 asalkan korang beli. Aku tak ambil tour guide, buku pun tak beli. Sebab sebelum datang sini, dah banyak sangat baca pasal Angkor Wat ni dan temple yang lain jugak.

Sebelum tinggalkan Angkor Wat, aku singgah kejap kedai souvenir dekat dengan pintu keluar. Harga souvenir kat sini boleh dikira agak murah juga. Ada yang sama dengan harga souvenir kat Night Market, ada yang lebih murah. Tapi kebanyakan yang jual adalah budak-budak, dan kalau korang beli kat sorang budak, budak-budak lain akan kejar korang untuk beli barang diorang juga. Aku ada beli selipar harga USD2 (RM7.90) dan fridge magnet 4 biji, harga USD2 (RM7.90).

Beli selipar ni sebab kaki melecet jalan banyak

ii) Bayon

Lepas keluar dari Angkor Wat, jumpa driver tuk-tuk aku kat pintu masuk. Kitorang bergerak ke next station pulak iaitu Bayon Temple. Tak silap aku, dari Angkor Wat ke Bayon dalam 10 minit naik tuk-tuk. Bayon ni popular sebab ukiran-ukiran muka Avalokiteshvara yang besar yang ada kat sini. Ukiran-ukiran ni dibina oleh Jayavarman VII pada abad ke-12.

View Bayon dari depan

Inilah ukiran muka Avalokiteshvara yang popular tu

Mencari cahaya di balik lorong-lorong kegelapan 

Plan asal aku sebenarnya nak naik gajah kat sini, ronda-ronda satu Bayon harga USD20 (RM79.00) 1 jam. Tapi aku tak jadi naik lepas tu, sebab gayat aku yang melampau-lampau datang pulak masa tu. Lagipun tak elok susahkan binatang, ye tak?

Couple saleh tengah menikmati keindahan alam dengan si gajah

Monyet di mana-mana sahaja

Aku habiskan masa kat sini dalam 1 jam lebih. Sebab dah lama tak berjalan begitu lama, kaki aku memang lenguh sangat masa ni, rasa macam nak tercabut pun ada. Tapi, misi kena diteruskan jugak.

iii) Ta Prohm

Temple ketiga yang aku jelajah ialah Ta Prohm. Kalau korang ada baca pasal temple ni, mesti dah tahu kan temple ni popular sebab movie Angelina Jolie iaitu Tomb Raider shooting kat sini. 

Angelina Jolie kat Ta Prohm - gambar ihsan Google Image

Pintu masuk ke Ta Prohm ni ada empat; utara, selatan, timur & barat. Masu aku pergi tu, pintu masuk timur & barat ditutup sementara untuk pembaikpulihan. Nasir hantar aku masuk ikut pintu selatan dan dia akan ambil aku kat pintu utara. Dari pintu masuk nak sampai ke temple kena berjalan dalam 10-15 minit, kalau tak silap aku lah.

Pintu masuk Ta Prohm dari arah selatan

Dari pintu masuk, kena meredah hutan untuk sampai ke temple

Ada pakcik-pakcik main alat muzik tradisi Kemboja, kakulumbumbwa

View daripada depan temple

Masa aku tengah jalan-jalan kat dalam tu, ada dua orang budak main kejar-kejar dengan aku nak jual poskad. Mula-mula aku malas nak layan tapi sebab diorang mengacau aku tangkap gambar, so aku beli je la. Harga poskad diorang jual USD2 (RM7.90) dapat 10 keping. Aku ada tanya diorang kenapa tak pergi sekolah, diorang cakap tak ada duit nak pergi sekolah sebab tu kena jual barang. Rasa kesian pun ada, kalau lah aku ada duit banyak, teringin nak bina sekolah-sekolah kat negara-negara kurang maju.

Budak-budak yang jual poskad kat aku

Keistimewaan temple ni berbanding temple lain ialah ada banyak pokok-pokok besar kat sini dan akar pokok-pokok tu mencengkam lantai temple. Kalau korang nak tahu, temple ni dikelilingi hutan.

Pokok besar mencengkam binaan temple yang dah runtuh

Ukiran-ukiran pada dinding temple



Spot paling popular kat Ta Prohm, spectacular!

Dah lepas sejam pusing-pusing temple tu, aku jumpa pintu keluar. Tapi aku rasa pintu tu macam pintu yang aku masuk tadi. So, aku tanya adik-adik guard kat situ, rupanya tu memang pintu selatan. Tak ada choice, aku kena patah balik cari pintu utara.

Dah sampai tengah temple tu, nasib baik aku jumpa tour guide tolong tunjuk jalan. Bukan aku sorang saja yang sesat rupanya , ada juga mat saleh mat saleh yang sesat. Memang boleh sesat sebab laluan nak ke pintu utara tu tak besar sangat dan daun-daun pokok tutup jalan. Dah sampai kat pintu utara tu, aku lega sangat sebab nampak driver tuk tuk aku. Nasir recommend aku pergi temple lain pulak lepas tu, tapi sebab kaki aku dah sakit sangat, tiga temple cukup lah. Aku habis pusing Ta Prohm masa tu dalam pukul 1.15pm.

Verdict: Best sangat dapat pergi tengok seni bina temple-temple yang ada di Angkor Archeological Park ni. Disarankan pada korang yang tak biasa banyak berjalan tu tolong build up stamina sebelum datang supaya tak pancit masa tawaf kat sini. Kalau nak view cantik, sila lawat time sunset / sunrise, sure dapat gambar cun kalau cuaca pun cun.





Lunch – Daging Naik Bukit

Dah penat tawaf bepuluh-puluh pusingan Angkor Archeological Park tu, Nasir bawa aku pergi makan kat restoran dia. Hari ni aku order makanan Kemboja yang paling popular di kalangan pengunjung dari Malaysia, daging naik bukit! Harga dia agak mahal sikit compare dengan menu lain, USD7 (RM27.65). Tapi dah alang-alang sampai negara orang, mesti la nak rasa makanan diorang kan.

Inilah daging naik bukit yang famous tu! Telan air liur tak?

Makan sekali dengan nasi putih + sambal + air oren, terbaik!

Korang mesti tertanya-tanya kenapa nama menu ni daging naik bukit kan? Ni nak cerita sikit, sebabnya daging dia dimasak dalam periuk yang berbonggol macam bukit. Tukang masak kat sini masak daging ni kat meja customer sebabnya lauk ni nak kena panas sepanjang masa. Selain daging, lauk ni dimasak dengan telur dan sayur-sayuran seperti kangkung, lada benggala dan lobak. Rasa dia memang terbaik!! Kalau korang berkesempatan datang ke Kemboja, jangan lepaskan peluang untuk rasa menu wajib ni.

Daging & telur dimasak dalam periuk berbonggol macam bukit

Lepas tu campak sayur-sayur pulak..dah boleh makan

Siem Reap Art Centre Night Market

Lepas siap makan, dalam pukul 4.00 petang macam tu aku balik guesthouse. Sampai guesthouse, terbungkang atas katil sebab penat sangat. Sempatlah tidur dua jam lebih. Dalam pukul 7 malam, Nasir dah tunggu nak bawa ke Siem Reap Art Centre Night Market, syurga membeli belah souvenir bagi pelancong-pelancong yang datang ke bandar Siem Reap.

Gerbang masuk Art Centre Night Market

Jambatan yang menghubungkan gerbang masuk ke Night Market

Barang-barang kat Night Market ni boleh dikira agak murah juga. Kat sini boleh tawar-menawar dengan mak cik-makcik penjual. Tapi make sure lepas dah gila-gila tawar menawar  barang diorang tu, beli. Kalau tak, nanti diorang marah. Aku dapat t-shirt dua helai harga USD3 (RM11.85) & 10 Cambodia pouch harga USD5 (RM19.75). Murah tak murah?

Antara souvenir yang dijual, aku beli patch kat kedai ni

Banyak kraftangan kat sini adalah homemade by local


Yang best tentang night market ni, dia punya suasana happening sangat sebab kedai banyak dan orang yang datang sini pun ramai. Bolehlah cuci-cuci mata tengok mat saleh dan minah saleh yang cun-cun. Aku sempat jugak berjumpa dengan orang-orang Malaysia kat sini, ada jugak yang peramah ajak borak-borak.

Verdict: Tempat yang best untuk shopping souvenir. Harga murah dan boleh bargain sampai pitam. Penjual-penjual kat sini ramah, tempat pun happening. Aku belum pernah pergi night market kat Thailand atau Vietnam, so tak boleh nak compare dengan night market kat sana. Tapi overall, aku suka night market kat sini. 

Lepas habis shopping, aku tunggu Nasir kat pintu masuk Night Market sebab dah janji dengan dia nak shopping sampai pukul 9.30 malam. Balik guesthouse, aku dinner makan roti lagi, lepas tu tidur. Bersambung next entry untuk cerita kat tempat-tempat lain yang aku pergi kat Siem Reap.

Saturday, July 30, 2016

Kembara Bumi Angkor – Siem Reap, Kemboja (Episod 2) – Senteurs D’Angkor & Cambodian Cultural Village

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.r

Ahad, 15/5/2016 – Day 1

War Museum

Welcome to War Museum!

Lepas je menapak kat bandar Siem Reap, tempat pertama yang aku tuju ialah War Museum. Harga tiket masuk ialah USD5 (RM19.53), tour guide pulak adalah free. Aku tak ambik pun tour guide, meninjau-ninjau tempat tu sendiri je sebab tour guide tak ramai tapi banyak pulak tourist group yang diorang nak kena attend. Melalui pembacaan aku, tour guide kat sini ada latar belakang berkaitan dengan perang-perang yang berlaku kat Kemboja, jadi diorang boleh cerita experience diorang sendiri ketika peperangan tu berlaku.

Tiket masuk ke War Museum yang sah

Apa yang menarik kat sini? Kat muzium ni ada banyak tinggalan sejarah masa zaman peperangan yang berlaku kat Kemboja dulu termasuklah kereta kebal, senapang, helikopter dan banyak lagi. Kat setiap peralatan ada dipaparkan details tentang peralatan tersebut. So, baca untuk tahu! Kalau nak tahu lebih detail, ambik tour guide. Aku ada jugak curi-curi dengar tour guide bercerita kat tourist group lain..haha.


Kereta kebal yang digunakan masa berperang
Mortar 82mm USSR
Howitzer M2A2 (meriam)
Helikopter perang pun ada

Muzium ni terletak kat tempat terbuka, bukannya dalam bangunan macam muzium lain yang aku pernah pergi. Tempat dia tak la sebesar mana, pusing-pusing sambil selfie dalam 45 minit dah boleh habis. Kat sini ramai cleaner, setiap kali nak selfie, ada je yang photobomb..haha.

Verdict: Untuk peminat tempat sejarah / muzium, tempat ni bagus untuk korang menimba ilmu tentang kisah peperangan yang pernah berlaku kat Kemboja suatu masa dulu. Tapi, bagi yang bukan peminat muzium, korang mungkin akan rasa sedikit bosan tapi sangat cool tau dapat bergambar sambil pegang senapang yang ada kat sini!



Senteurs D’Angkor

Selepas pusing-pusing War Museum, drebar tuk tuk aku bawak ke Senteurs D’Angkor pulak. Pada asalnya, tempat ni tak ada pun dalam itinerary aku, tapi drebar tuk tuk aku recommend datang sini. So, aku pergi je la since aku pun suka wangi-wangian. Entrance fee adalah free, tour guide pun free.
                         
Setahu aku, dalam bahasa Perancis ‘senteur’ bermaksud scents – aku google okey! So, basically tempat ni ialah workshop untuk buat produk-produk berasaskan wangian seperti sabun, scrub dan lilin. Selain tu, ada jugak herba-herba, kopi dan teh. Masa aku sampai tu, ada minah cun yang sambut aku. Dia jadi tour guide aku pusing-pusing seluruh tempat tu. Aku tak tanya pun minah tu apa nama dia, tapi cun la. Minah ni boleh speaking, tapi bila aku tanya soalan, dia jawab lain pulak – maybe sebab slang tak sama..haha.

Minah sebelah kiri tu la aku punya tour guide, cun tak?

Mula-mula dia bawak aku kat tempat anyam bekas daripada daun ‘sugar palm (gula Melaka?)’, atau dipanggil ‘smoks’ dalam bahasa Khmer (bahasa Kemboja). Minah tu cerita daripada A to Z, daripada potong daun kat atas pokok ke proses keringkan daun ke proses warnakan daun dan anyam sampai la jadi bekas-bekas yang cantik.

Pekerja-pekerja sedang potong daun
Daun-daun yang sudah dikeringkan
Proses warnakan daun, kat belakang tu pokok sugar palm
Hasil anyaman daripada daun-daun yang sudah diwarnakan. Cantik kan?

Lepas tu, dia bawak pulak ke tempat menghasilkan lilin, massage oil, balm dan sabun. Sangat best bau-bau yang ada kat sini…heaven sangat!! Antara scent yang ada termasuklah orkid, teratai, jasmine, serai dan kemboja. Daripada tanam pokok hinggalah terhasilnya sabun / lilin / balm semuanya diorang buat sendiri kat sini. So, kualiti sangat baik sebab setiap proses dipantau dari semasa ke semasa. Itu yang si tour guide tu cakap la..

Proses pengeringan bahan untuk membuat lilin selepas didihkan
Lilin yang sudah diwarnakan dan dikeringkan 
Bahan-bahan yang dihasilkan kat sini; lip balm, massage oil & scrub
Sabun berbagai bentuk & flavor
Rempah ratus, kopi & teh pun ada

Lepas pusing seluruh tempat tu, last sekali tour guide aku tu bawak kat kedai untuk shopping barangan yang dihasilkan kat workshop ni. Aku tak ada plan pun nak shopping kat sini, tapi sebab produk dia cute-cute sangat so aku pun beli la satu set lip balm, soap & massage oil, harga USD8 (RM31.24).

Set yang aku beli, jasmine flavor

Verdict: Kalau korang minat dengan wangi-wangian, best datang sini tengok sendiri macammana proses menghasilkan lilin, sabun dan massage oil sambil menikmati bau-bauan yang ada di sekitar tempat ni.




Lunch – Amok Ikan


Lepas jalan-jalan kat dua tempat tu, perut pun dah start goyang-goyang nyanyi lagu dangdut. So, Nasir bawak aku pergi makan kat The Siem Reap Backpackers Restaurant & Bakery. Restoran ni kepunyaan family Nasir. Masa kat sini, aku sempat berkenalan ngan adik perempuan Nasir, dia pun pandai cakap Melayu sebab pernah kerja kat Malaysia. Aku lupa nak tanya apa nama adik dia.

Kedai makan halal 'The Siem Reap Backpackers

Aku mintak adik Nasir recommend makanan yang popular kat Kemboja. Katanya antara makanan yang popular kat sini ialah amok, lok-lak & daging naik bukit. Aku order amok ikan untuk hari pertama ni, harga USD4 (RM15.62). Air oren dan air teh free je. Amok ni basically ialah kari kukus. Biasanya orang Kemboja bila masak amok, diorang akan letak kari dalam daun pisang dan kukus. Tapi kat kedai ni, diorang tak ada letak dalam daun pisang pun. Santan dia lebih pekat daripada kari yang biasa aku makan kat Malaysia. Aku bukan peminat kari, tapi amok ni serius sedap sangat!! Portion satu lauk dia sangat banyak, boleh share 2 orang untuk 1 lauk. Kalau makan 3-4 orang, rasanya order 2 lauk dah cukup. Kalau bukan yang jenis kuat makan la.

Antara menu yang ada
Semua harga dalam USD
Nasi putih + amok ikan + air oren, sedap menjilat jari!

Kedai Backpackers ni bersebelahan dengan Masjid Al-Nikmah. Selain kedai makan ni, ada 3 lagi kedai makan halal yang ada kat sini. Semua kedai makan ni bersebelahan. So, korang ada beberapa pilihan untuk makan. Tapi sepanjang kat sana, aku memang makan kat sini je. Ye lah, sebab dah naik tuk tuk dengan Nasir, segan pulak nak pergi makan kat kedai jiran-jiran dia..haha.


Cambodian Cultural Village (CCV)

Lepas siap makan, aku balik guesthouse. Rehat dan tidur sekejap. Dalam pukul 1.30 tengahari macam tu, drebar tuk tuk dah terpacak depan guesthouse nak bawak ke Cambodian Cultural Village. Asalnya nak ke CCV pada hari ketiga (Selasa) tapi Nasir bagitahu show kat sini lagi best pada hujung minggu. So, itinerary berubah sikit. Harga tiket masuk ke CCV ialah USD15 (RM58.58).

Pintu masuk ke Cambodian Cultural Village

Apa yang ada kat sini? Kat sini ada perkampungan-perkampungan yang ada kat Kemboja macam Millionaire House, Farm Village, Cham Village, Kola Village, Kroeng Village, Khmer Village dan banyak lagi. So, boleh belajar jenis rumah dan budaya bagi setiap kaum yang ada kat Kemboja. Yang kampung-kampung ni, kalau pergi kampung betul baru lah feel. Tapi kalau setakat nak tahu dan belajar, kat sini dah boleh cover semua.

Kola Village
Khmer Village
Floating Village

Ada juga wax museum dan miniatures. Kat wax museum ada patung wax sejarah Kemboja dari abad pertama sampai sekarang. Miniatures yang ada kat sini adalah bangunan-bangunan yang popular kat sekitar Kemboja.

Wax 1: Penduduk zaman purba membina patung singa 
Wax 2: Tarian apsara - tarian tradisional Kemboja
Wax 3: Raja & Permaisuri (tak ingat tahun bila)
Wax 4: Penyanyi popular tahun 60-70an, Sin Sisamuth & Ros Sereysothea
Miniature: Royal Palace yang terletak kat Phnom Penh

Masa kat pintu masuk, staff yang kerja kat situ ada bagi jadual show yang ada sepanjang hari. Total ada 8 show, show start pukul 11 pagi dan habis pukul 8 malam. Aku sempat tengok show yang kedua pukul 2.30 petang sampai show last. Total 7 show yang aku tengok, so kira half day habis masa kat situ. Tapi sangat seronok tengok show-show kat situ. Setiap show kat tempat lain-lain, so kena bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Jadual show yang ada sepanjang hari

Nasib aku tak berapa baik sebabnya 15/5 merupakan diorang punya birthday Raja. So, sangat ramai local yang datang ke sini nak tengok show. Aku kena berebut dengan diorang nak dapatkan spot yang cun.

Penonton-penonton yang berebut tempat dengan aku

Antara show yang ada kat sini macam Charming of Phanum (orang tua tak restu anak perempuan diorang kahwin dengan lelaki miskin), Khmer Wedding Ceremony, Happy Chinese Dancing Show & Choosing FiancĂ©.  Walaupun aku tak paham apa diorang cakap, tapi aku boleh agak daripada aksi diorang. Hebat tak?

Show 1: Charming of Phahum - ni scene mak si gadis paksa kahwin dengan lelaki kaya
Show 2: Khmer Wedding Ceremony - tak dapat dikenalpasti motif pengantin kena meniarap
Show 3: Happy Chinese Dancing Show - yang ni dah biasa tengok kat Malaysia
Show 4: Dreamy Prince's Daughter & Magic Peacock
Show 5: Choosing Fiance - show ni kelakar, yang baju putih tu penonton, kena ajak berlakon
Show 6: Drum of Success Dancing - cuci mata tengok 6 packs abs diorang
Show 7: The Greatest King Jayavarman 7 - show paling best tapi bateri kamera dah mati

Verdict: Aku memang jenis yang minat benda-benda kebudayaan ni macam teater & tarian. So, aku memang suka tengok show-show yang ada kat sini. Bagi aku, USD15 untuk tengok 7 show dan pusing pusing kat sini dalam tempoh 6 jam memang berbaloi. Tapi kalau korang datang setakat tengok rumah-rumah dan muzium je, bayar USD15 memang tak berapa nak berbaloi sangat.  





Show habis pukul 8 malam, lepas tu Nasir hantar aku balik guesthouse. Malam tu aku makan roti je, aku bawak dari Malaysia. Sebab penat sangat berjalan seharian, aku tidur awal untuk aktiviti esoknya. Okay, bersambung pulak next entry untuk cerita kat tempat-tempat lain yang aku pergi kat Siem Reap.