Saturday, July 30, 2016

Kembara Bumi Angkor – Siem Reap, Kemboja (Episod 2) – Senteurs D’Angkor & Cambodian Cultural Village

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.r

Ahad, 15/5/2016 – Day 1

War Museum

Welcome to War Museum!

Lepas je menapak kat bandar Siem Reap, tempat pertama yang aku tuju ialah War Museum. Harga tiket masuk ialah USD5 (RM19.53), tour guide pulak adalah free. Aku tak ambik pun tour guide, meninjau-ninjau tempat tu sendiri je sebab tour guide tak ramai tapi banyak pulak tourist group yang diorang nak kena attend. Melalui pembacaan aku, tour guide kat sini ada latar belakang berkaitan dengan perang-perang yang berlaku kat Kemboja, jadi diorang boleh cerita experience diorang sendiri ketika peperangan tu berlaku.

Tiket masuk ke War Museum yang sah

Apa yang menarik kat sini? Kat muzium ni ada banyak tinggalan sejarah masa zaman peperangan yang berlaku kat Kemboja dulu termasuklah kereta kebal, senapang, helikopter dan banyak lagi. Kat setiap peralatan ada dipaparkan details tentang peralatan tersebut. So, baca untuk tahu! Kalau nak tahu lebih detail, ambik tour guide. Aku ada jugak curi-curi dengar tour guide bercerita kat tourist group lain..haha.


Kereta kebal yang digunakan masa berperang
Mortar 82mm USSR
Howitzer M2A2 (meriam)
Helikopter perang pun ada

Muzium ni terletak kat tempat terbuka, bukannya dalam bangunan macam muzium lain yang aku pernah pergi. Tempat dia tak la sebesar mana, pusing-pusing sambil selfie dalam 45 minit dah boleh habis. Kat sini ramai cleaner, setiap kali nak selfie, ada je yang photobomb..haha.

Verdict: Untuk peminat tempat sejarah / muzium, tempat ni bagus untuk korang menimba ilmu tentang kisah peperangan yang pernah berlaku kat Kemboja suatu masa dulu. Tapi, bagi yang bukan peminat muzium, korang mungkin akan rasa sedikit bosan tapi sangat cool tau dapat bergambar sambil pegang senapang yang ada kat sini!



Senteurs D’Angkor

Selepas pusing-pusing War Museum, drebar tuk tuk aku bawak ke Senteurs D’Angkor pulak. Pada asalnya, tempat ni tak ada pun dalam itinerary aku, tapi drebar tuk tuk aku recommend datang sini. So, aku pergi je la since aku pun suka wangi-wangian. Entrance fee adalah free, tour guide pun free.
                         
Setahu aku, dalam bahasa Perancis ‘senteur’ bermaksud scents – aku google okey! So, basically tempat ni ialah workshop untuk buat produk-produk berasaskan wangian seperti sabun, scrub dan lilin. Selain tu, ada jugak herba-herba, kopi dan teh. Masa aku sampai tu, ada minah cun yang sambut aku. Dia jadi tour guide aku pusing-pusing seluruh tempat tu. Aku tak tanya pun minah tu apa nama dia, tapi cun la. Minah ni boleh speaking, tapi bila aku tanya soalan, dia jawab lain pulak – maybe sebab slang tak sama..haha.

Minah sebelah kiri tu la aku punya tour guide, cun tak?

Mula-mula dia bawak aku kat tempat anyam bekas daripada daun ‘sugar palm (gula Melaka?)’, atau dipanggil ‘smoks’ dalam bahasa Khmer (bahasa Kemboja). Minah tu cerita daripada A to Z, daripada potong daun kat atas pokok ke proses keringkan daun ke proses warnakan daun dan anyam sampai la jadi bekas-bekas yang cantik.

Pekerja-pekerja sedang potong daun
Daun-daun yang sudah dikeringkan
Proses warnakan daun, kat belakang tu pokok sugar palm
Hasil anyaman daripada daun-daun yang sudah diwarnakan. Cantik kan?

Lepas tu, dia bawak pulak ke tempat menghasilkan lilin, massage oil, balm dan sabun. Sangat best bau-bau yang ada kat sini…heaven sangat!! Antara scent yang ada termasuklah orkid, teratai, jasmine, serai dan kemboja. Daripada tanam pokok hinggalah terhasilnya sabun / lilin / balm semuanya diorang buat sendiri kat sini. So, kualiti sangat baik sebab setiap proses dipantau dari semasa ke semasa. Itu yang si tour guide tu cakap la..

Proses pengeringan bahan untuk membuat lilin selepas didihkan
Lilin yang sudah diwarnakan dan dikeringkan 
Bahan-bahan yang dihasilkan kat sini; lip balm, massage oil & scrub
Sabun berbagai bentuk & flavor
Rempah ratus, kopi & teh pun ada

Lepas pusing seluruh tempat tu, last sekali tour guide aku tu bawak kat kedai untuk shopping barangan yang dihasilkan kat workshop ni. Aku tak ada plan pun nak shopping kat sini, tapi sebab produk dia cute-cute sangat so aku pun beli la satu set lip balm, soap & massage oil, harga USD8 (RM31.24).

Set yang aku beli, jasmine flavor

Verdict: Kalau korang minat dengan wangi-wangian, best datang sini tengok sendiri macammana proses menghasilkan lilin, sabun dan massage oil sambil menikmati bau-bauan yang ada di sekitar tempat ni.




Lunch – Amok Ikan


Lepas jalan-jalan kat dua tempat tu, perut pun dah start goyang-goyang nyanyi lagu dangdut. So, Nasir bawak aku pergi makan kat The Siem Reap Backpackers Restaurant & Bakery. Restoran ni kepunyaan family Nasir. Masa kat sini, aku sempat berkenalan ngan adik perempuan Nasir, dia pun pandai cakap Melayu sebab pernah kerja kat Malaysia. Aku lupa nak tanya apa nama adik dia.

Kedai makan halal 'The Siem Reap Backpackers

Aku mintak adik Nasir recommend makanan yang popular kat Kemboja. Katanya antara makanan yang popular kat sini ialah amok, lok-lak & daging naik bukit. Aku order amok ikan untuk hari pertama ni, harga USD4 (RM15.62). Air oren dan air teh free je. Amok ni basically ialah kari kukus. Biasanya orang Kemboja bila masak amok, diorang akan letak kari dalam daun pisang dan kukus. Tapi kat kedai ni, diorang tak ada letak dalam daun pisang pun. Santan dia lebih pekat daripada kari yang biasa aku makan kat Malaysia. Aku bukan peminat kari, tapi amok ni serius sedap sangat!! Portion satu lauk dia sangat banyak, boleh share 2 orang untuk 1 lauk. Kalau makan 3-4 orang, rasanya order 2 lauk dah cukup. Kalau bukan yang jenis kuat makan la.

Antara menu yang ada
Semua harga dalam USD
Nasi putih + amok ikan + air oren, sedap menjilat jari!

Kedai Backpackers ni bersebelahan dengan Masjid Al-Nikmah. Selain kedai makan ni, ada 3 lagi kedai makan halal yang ada kat sini. Semua kedai makan ni bersebelahan. So, korang ada beberapa pilihan untuk makan. Tapi sepanjang kat sana, aku memang makan kat sini je. Ye lah, sebab dah naik tuk tuk dengan Nasir, segan pulak nak pergi makan kat kedai jiran-jiran dia..haha.


Cambodian Cultural Village (CCV)

Lepas siap makan, aku balik guesthouse. Rehat dan tidur sekejap. Dalam pukul 1.30 tengahari macam tu, drebar tuk tuk dah terpacak depan guesthouse nak bawak ke Cambodian Cultural Village. Asalnya nak ke CCV pada hari ketiga (Selasa) tapi Nasir bagitahu show kat sini lagi best pada hujung minggu. So, itinerary berubah sikit. Harga tiket masuk ke CCV ialah USD15 (RM58.58).

Pintu masuk ke Cambodian Cultural Village

Apa yang ada kat sini? Kat sini ada perkampungan-perkampungan yang ada kat Kemboja macam Millionaire House, Farm Village, Cham Village, Kola Village, Kroeng Village, Khmer Village dan banyak lagi. So, boleh belajar jenis rumah dan budaya bagi setiap kaum yang ada kat Kemboja. Yang kampung-kampung ni, kalau pergi kampung betul baru lah feel. Tapi kalau setakat nak tahu dan belajar, kat sini dah boleh cover semua.

Kola Village
Khmer Village
Floating Village

Ada juga wax museum dan miniatures. Kat wax museum ada patung wax sejarah Kemboja dari abad pertama sampai sekarang. Miniatures yang ada kat sini adalah bangunan-bangunan yang popular kat sekitar Kemboja.

Wax 1: Penduduk zaman purba membina patung singa 
Wax 2: Tarian apsara - tarian tradisional Kemboja
Wax 3: Raja & Permaisuri (tak ingat tahun bila)
Wax 4: Penyanyi popular tahun 60-70an, Sin Sisamuth & Ros Sereysothea
Miniature: Royal Palace yang terletak kat Phnom Penh

Masa kat pintu masuk, staff yang kerja kat situ ada bagi jadual show yang ada sepanjang hari. Total ada 8 show, show start pukul 11 pagi dan habis pukul 8 malam. Aku sempat tengok show yang kedua pukul 2.30 petang sampai show last. Total 7 show yang aku tengok, so kira half day habis masa kat situ. Tapi sangat seronok tengok show-show kat situ. Setiap show kat tempat lain-lain, so kena bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Jadual show yang ada sepanjang hari

Nasib aku tak berapa baik sebabnya 15/5 merupakan diorang punya birthday Raja. So, sangat ramai local yang datang ke sini nak tengok show. Aku kena berebut dengan diorang nak dapatkan spot yang cun.

Penonton-penonton yang berebut tempat dengan aku

Antara show yang ada kat sini macam Charming of Phanum (orang tua tak restu anak perempuan diorang kahwin dengan lelaki miskin), Khmer Wedding Ceremony, Happy Chinese Dancing Show & Choosing Fiancé.  Walaupun aku tak paham apa diorang cakap, tapi aku boleh agak daripada aksi diorang. Hebat tak?

Show 1: Charming of Phahum - ni scene mak si gadis paksa kahwin dengan lelaki kaya
Show 2: Khmer Wedding Ceremony - tak dapat dikenalpasti motif pengantin kena meniarap
Show 3: Happy Chinese Dancing Show - yang ni dah biasa tengok kat Malaysia
Show 4: Dreamy Prince's Daughter & Magic Peacock
Show 5: Choosing Fiance - show ni kelakar, yang baju putih tu penonton, kena ajak berlakon
Show 6: Drum of Success Dancing - cuci mata tengok 6 packs abs diorang
Show 7: The Greatest King Jayavarman 7 - show paling best tapi bateri kamera dah mati

Verdict: Aku memang jenis yang minat benda-benda kebudayaan ni macam teater & tarian. So, aku memang suka tengok show-show yang ada kat sini. Bagi aku, USD15 untuk tengok 7 show dan pusing pusing kat sini dalam tempoh 6 jam memang berbaloi. Tapi kalau korang datang setakat tengok rumah-rumah dan muzium je, bayar USD15 memang tak berapa nak berbaloi sangat.  





Show habis pukul 8 malam, lepas tu Nasir hantar aku balik guesthouse. Malam tu aku makan roti je, aku bawak dari Malaysia. Sebab penat sangat berjalan seharian, aku tidur awal untuk aktiviti esoknya. Okay, bersambung pulak next entry untuk cerita kat tempat-tempat lain yang aku pergi kat Siem Reap.

No comments:

Post a Comment