Bismillahirahmanirrahim
Asslamaulaikum
w.b.r
Isnin,
16/5/2016 – Day 2
Angkor Archeological Park
Kalau tanya mana-mana traveller, reason utama diorang nak ke Siem Reap
tak lain tak bukan mestilah nak ke Angkor Wat. So, plan asal nak tengok sunrise
– kena bertolak pukul 4.30 pagi dari guesthouse. Tapi sebab penat sangat sehari
sebelum tu & takut tak terbangun, bagitau driver tuk-tuk aku ubah plan tak
jadi tengok sunrise. Nasir datang dalam pukul 6.00 pagi jemput aku.
Sebelum ke Angkor Wat, aku beli pass kat kaunter tiket kat Angkor
Conservation Area kat Jalan Charles de Gaulle. Tempat beli pass ni kat
tengah-tengah antara Bandar Siem Reap & Angkor Wat. Antara pass yang ada;
USD 20 (RM79.00 - 1 hari), USD 40 (RM158.00 - 3 hari), & USD 60 (RM237.00 -
7 hari). Aku beli pass yang sehari je, cukup dah untuk cover 3 temple utama. Masa
beli pass tu, korang kena bergambar dan gambar korang akan diprint pada pass
tu. Pass ni kena simpan, kalau hilang korang tak boleh masuk ke kawasan Park
ni.
Oh ya, Angkor Archeological Park ni adalah tempat untuk tinjau binaan
temple kerajaan Khmer yang dibina pada abad ke-9 hingga ke-15. Tiga temple paling popular yang
ada di sini ialah Angkor Wat, Ta Prohm & Bayon.
i) Angkor Wat
Dari Bandar Siem Reap ke Angkor Wat (+ singgah beli pass) ambil masa
hampir 1 jam perjalanan. Nasir hantar aku sampai pintu luar Angkor Wat saja.
Aku excited gila bila terpacak depan Angkor Wat tu, what an exceptional
architecture! Dari jauh dah boleh nampak ramai gila orang kat sini. Sebagai
seorang Muslim, aku tak boleh nak appreciate nilai keagamaan temple ni, tapi
apa yang aku boleh appreciate ialah nilai seni bina Angkor Wat yang outstanding.
Sudah berkurun binaanya, tapi masih kukuh berdiri.
View Angkor Wat dari pintu masuk |
Angkor Wat ni boleh dikira agak besar juga untuk tawaf satu pusingan.
Sepanjang pusing-pusing sambil berselfie kat sini, ada juga terjumpa beberapa
orang Malaysia. Aku habiskan masa kat
sini hampir dua jam untuk ambil gambar dan tengok gelagat orang. Jom layan
gambar-gambar yang aku ambil kat sini.
My favorite picture! Aku panggil sayap temple. |
Monyet pun nak lepak sini jugak! |
Antara ukiran yang ada kat dinding temple |
Tourist panjat tangga ni untuk tengok view keseluruhan temple ni dari atas |
Ada juga pengunjung yang minta hajat |
Perayaan kanak-kanak menjadi sami Buddha |
Angkor Wat |
Kalau korang nak paham secara detail tentang binaan Angkor Wat ni
boleh la ambil tour guide, kalau tak nak ambil tour guide, boleh juga beli buku
panduan Angkor Wat. Bersepah local jual buku-buku tentang Kemboja kat pintu
masuk Angkor Wat tu. Mula-mula diorang akan offer harga tinggi, kalau korang
tak nak beli, diorang akan offer sampai serendah USD1 asalkan korang beli. Aku
tak ambil tour guide, buku pun tak beli. Sebab sebelum datang sini, dah banyak
sangat baca pasal Angkor Wat ni dan temple yang lain jugak.
Sebelum tinggalkan Angkor Wat, aku singgah kejap kedai souvenir dekat
dengan pintu keluar. Harga souvenir kat sini boleh dikira agak murah juga. Ada
yang sama dengan harga souvenir kat Night Market, ada yang lebih murah. Tapi
kebanyakan yang jual adalah budak-budak, dan kalau korang beli kat sorang
budak, budak-budak lain akan kejar korang untuk beli barang diorang juga. Aku
ada beli selipar harga USD2 (RM7.90) dan fridge magnet 4 biji, harga USD2
(RM7.90).
ii) Bayon
Lepas keluar dari Angkor Wat, jumpa driver tuk-tuk aku kat pintu
masuk. Kitorang bergerak ke next station pulak iaitu Bayon Temple. Tak silap
aku, dari Angkor Wat ke Bayon dalam 10 minit naik tuk-tuk. Bayon ni popular
sebab ukiran-ukiran muka Avalokiteshvara yang besar yang ada kat sini.
Ukiran-ukiran ni dibina oleh Jayavarman VII pada abad ke-12.
View Bayon dari depan |
Inilah ukiran muka Avalokiteshvara yang popular tu |
Mencari cahaya di balik lorong-lorong kegelapan |
Plan asal aku sebenarnya nak naik gajah kat sini, ronda-ronda satu
Bayon harga USD20 (RM79.00) 1 jam. Tapi aku tak jadi naik lepas tu, sebab gayat
aku yang melampau-lampau datang pulak masa tu. Lagipun tak elok susahkan
binatang, ye tak?
Couple saleh tengah menikmati keindahan alam dengan si gajah |
Monyet di mana-mana sahaja |
Aku habiskan masa kat sini dalam 1 jam lebih. Sebab dah lama tak
berjalan begitu lama, kaki aku memang lenguh sangat masa ni, rasa macam nak
tercabut pun ada. Tapi, misi kena diteruskan jugak.
iii) Ta Prohm
Temple ketiga yang aku jelajah ialah Ta Prohm. Kalau korang ada baca
pasal temple ni, mesti dah tahu kan temple ni popular sebab movie Angelina Jolie
iaitu Tomb Raider shooting kat sini.
Pintu masuk ke Ta Prohm ni ada empat; utara, selatan, timur & barat. Masu aku pergi tu, pintu masuk timur & barat ditutup sementara untuk pembaikpulihan. Nasir hantar aku masuk ikut pintu selatan dan dia akan ambil aku kat pintu utara. Dari pintu masuk nak sampai ke temple kena berjalan dalam 10-15 minit, kalau tak silap aku lah.
Pintu masuk Ta Prohm dari arah selatan |
Dari pintu masuk, kena meredah hutan untuk sampai ke temple |
Ada pakcik-pakcik main alat muzik tradisi Kemboja, kakulumbumbwa |
View daripada depan temple |
Masa aku tengah jalan-jalan kat dalam tu, ada dua orang budak main
kejar-kejar dengan aku nak jual poskad. Mula-mula aku malas nak layan tapi
sebab diorang mengacau aku tangkap gambar, so aku beli je la. Harga poskad
diorang jual USD2 (RM7.90) dapat 10 keping. Aku ada tanya diorang kenapa tak
pergi sekolah, diorang cakap tak ada duit nak pergi sekolah sebab tu kena jual
barang. Rasa kesian pun ada, kalau lah aku ada duit banyak, teringin nak bina
sekolah-sekolah kat negara-negara kurang maju.
Keistimewaan temple ni berbanding temple lain ialah ada banyak pokok-pokok besar kat sini dan akar pokok-pokok tu mencengkam lantai temple. Kalau korang nak tahu, temple ni dikelilingi hutan.
Pokok besar mencengkam binaan temple yang dah runtuh |
Ukiran-ukiran pada dinding temple |
Spot paling popular kat Ta Prohm, spectacular! |
Dah lepas sejam pusing-pusing temple tu, aku jumpa pintu keluar. Tapi aku rasa pintu tu macam pintu yang aku masuk tadi. So, aku tanya adik-adik guard kat situ, rupanya tu memang pintu selatan. Tak ada choice, aku kena patah balik cari pintu utara.
Dah sampai tengah temple tu, nasib baik aku jumpa tour guide tolong
tunjuk jalan. Bukan aku sorang saja yang sesat rupanya , ada juga mat saleh mat
saleh yang sesat. Memang boleh sesat sebab laluan nak ke pintu utara tu tak
besar sangat dan daun-daun pokok tutup jalan. Dah sampai kat pintu utara tu,
aku lega sangat sebab nampak driver tuk tuk aku. Nasir recommend aku pergi
temple lain pulak lepas tu, tapi sebab kaki aku dah sakit sangat, tiga temple
cukup lah. Aku habis pusing Ta Prohm masa tu dalam pukul 1.15pm.
Verdict: Best sangat dapat pergi tengok seni bina temple-temple yang
ada di Angkor Archeological Park ni. Disarankan pada korang yang tak biasa
banyak berjalan tu tolong build up stamina sebelum datang supaya tak pancit
masa tawaf kat sini. Kalau nak view cantik, sila lawat time sunset / sunrise,
sure dapat gambar cun kalau cuaca pun cun.
Lunch – Daging Naik Bukit
Dah penat tawaf bepuluh-puluh pusingan Angkor Archeological Park tu,
Nasir bawa aku pergi makan kat restoran dia. Hari ni aku order makanan Kemboja
yang paling popular di kalangan pengunjung dari Malaysia, daging naik bukit!
Harga dia agak mahal sikit compare dengan menu lain, USD7 (RM27.65). Tapi dah
alang-alang sampai negara orang, mesti la nak rasa makanan diorang kan.
Inilah daging naik bukit yang famous tu! Telan air liur tak? |
Makan sekali dengan nasi putih + sambal + air oren, terbaik! |
Korang mesti tertanya-tanya kenapa nama menu ni daging naik bukit kan?
Ni nak cerita sikit, sebabnya daging dia dimasak dalam periuk yang berbonggol
macam bukit. Tukang masak kat sini masak daging ni kat meja customer sebabnya
lauk ni nak kena panas sepanjang masa. Selain daging, lauk ni dimasak dengan
telur dan sayur-sayuran seperti kangkung, lada benggala dan lobak. Rasa dia
memang terbaik!! Kalau korang berkesempatan datang ke Kemboja, jangan lepaskan
peluang untuk rasa menu wajib ni.
Daging & telur dimasak dalam periuk berbonggol macam bukit |
Lepas tu campak sayur-sayur pulak..dah boleh makan |
Siem Reap Art Centre Night
Market
Lepas siap makan, dalam pukul 4.00 petang macam tu aku balik
guesthouse. Sampai guesthouse, terbungkang atas katil sebab penat sangat.
Sempatlah tidur dua jam lebih. Dalam pukul 7 malam, Nasir dah tunggu nak bawa
ke Siem Reap Art Centre Night Market, syurga membeli belah souvenir bagi
pelancong-pelancong yang datang ke bandar Siem Reap.
Barang-barang kat Night Market ni boleh dikira agak murah juga. Kat
sini boleh tawar-menawar dengan mak cik-makcik penjual. Tapi make sure lepas
dah gila-gila tawar menawar barang
diorang tu, beli. Kalau tak, nanti diorang marah. Aku dapat t-shirt dua helai
harga USD3 (RM11.85) & 10 Cambodia pouch harga USD5 (RM19.75). Murah tak
murah?
Antara souvenir yang dijual, aku beli patch kat kedai ni |
Banyak kraftangan kat sini adalah homemade by local |
Yang best tentang night market ni, dia punya suasana happening sangat
sebab kedai banyak dan orang yang datang sini pun ramai. Bolehlah cuci-cuci
mata tengok mat saleh dan minah saleh yang cun-cun. Aku sempat jugak berjumpa
dengan orang-orang Malaysia kat sini, ada jugak yang peramah ajak borak-borak.
Verdict: Tempat yang best untuk shopping souvenir. Harga murah dan
boleh bargain sampai pitam. Penjual-penjual kat sini ramah, tempat pun
happening. Aku belum pernah pergi night market kat Thailand atau Vietnam, so
tak boleh nak compare dengan night market kat sana. Tapi overall, aku suka
night market kat sini.
Lepas habis shopping, aku tunggu Nasir kat pintu masuk Night Market
sebab dah janji dengan dia nak shopping sampai pukul 9.30 malam. Balik
guesthouse, aku dinner makan roti lagi, lepas tu tidur. Bersambung next entry untuk cerita kat tempat-tempat lain yang aku pergi kat Siem Reap.